Saturday, April 10, 2010

sajak aminah qutb buat bakal suami

this i got from my bangkok friend, k herie, who kindly gave me her permission to copy this from her facebook's note. thank you, k herie. :)
and to all muslimah out there, and muslimin too, i guess. this is a good reminder. on what kind of love that really matters.
because we have to remember, as stated in al-Qur'an, surah an-Nur, ayat 26: wanita2 yg keji adalah untuk lelaki2 yg keji, dan lelaki2 yg keji adalah buat wanita2 yg keji (pula), dan wanita2 yg baik adalah untuk lelaki2 yg baik dan lelaki2 yg baik adalah untuk wanita2 yg baik (pula)...
adalah lagi sambungannya ayat itu, tapi points yg penting to ponder here ialah, biarlah jodoh dan pasangan kita tu nanti boleh membimbing kita ke arah redha-Nya. macam yg didoakan dalam sajak ni. dan bila itu yg kita nak, kenalah jadi baik, ye idak? nak pasangan baik, kena lah jadi baik dulu, sebab memang Allah dah tetapkan jodoh kite tu yg sekufu. baik dari segi ilmu, rupa paras, dan juga amalannya, insya Allah.
what matters most is love to Him, the Almighty. so, kita nak orang yg boleh membimbing kita ke arah itu la ye hendaknya.:)
peringatan utk saya jugak sebenarnye. so, here goes...
selamat menghayati the poem. it's not mine... so, i guess kalau saper2 nak ambik pun boleh je...
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yangditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
~ dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha

No comments:

Post a Comment