Friday, July 2, 2010

Hari ni hari Jumaat...

hari ni hari Jumaat. yang dikatakan sebagai penghulu segala hari bagi orang Islam. hari yang mulia. hari ni la pun kalau kat tv banyak siar rancangan-rancangan keagamaan, nasyid, bagi tv yg hari-hari lain tunjuk hiburan semata. hari ni la pun orang yang kerja kat terengganu, kelantan, kedah (betul ke tidak ni entah), memulakan cuti hujung minggu kalau x oncall, x overtime, x apa.
hari ni jugak la para muslimin diwajibkan menunaikan solat Jumaat, menggantikan solat zuhur, iaitu solat waktu tengah hari.
and i stressed out the word diwajibkan.
tapi, Allah itu Maha Pemurah. walaupun Dia mewajibkan, Dia bagi lagi pengecualian. pada yang musafir atau kata lain dalam perjalanan melebihi dua marhalah, yang uzur atau sakit, tak jadi wajib.
so, ni nak tanya, yang duduk bersepah atas motor kat tepi tali air, bawah pokok besar, pakai baju melayu tu tengah bermusafir ke? tengah uzur ke? yang tengah selamba pegang pinggan nasi, ambik lauk kat restoran waktu imam tengah baca khutbah kat masjid tu tengah dalam perjalanan nak ke mana? tengah sakit ke? tau tak ada masjid tak sampai lima kilometer pun dari situ? boleh dengar pun sayup-sayup bacaan imam.
this is the reason why i posted the statement 'i seriously want to migrate' on my facebook status today. sebab rasa macam dah tak larat nak tengok situasi-situasi seperti di atas itu di depan mata. tu nasib baik la terengganu tak de shopping complex. kalau tak, tak tau la berapa ramai pulak yang sendiri-sendiri pandai 'berkhutbah' di dalam shopping complex. tak tau la mydin dengan giant. tak buat ops pergi spy kat situ hari ni, never like the crowd.
sedarla wahai muslimin. sedarla wahai orang melayu. tau tak kita ni kaum yang mempunyai agama yang mulia? agama yang benar? kenapa kita nak membiarkan orang lain melabel kita sebagai kaum yang rosak? bila kita ada pegangan yang cukup kuat?
eh, mana ada... mana ada rosak, you said.
yeah, rite.
nak tanya sikit. yang duk merempit tiap-tiap malam, yang duk bergerombolan kat depan traffic light petang-petang jumaat, sesuka hati pengarang jantung dia je langgar lampu merah, buat orang lain takut nak gerak tu datang dari kaum mana? yang selalu masuk tv, masuk suratkhabar sekarang ni sebab tangkap khalwat, berzina dan buang bayi (Nauzubillahi min zalik) tu kaum mana majoritinya?
rhetorical questions. you know the answers yourself.
saya pun bukannya baik sangat seorang insan nak menegur-negur orang. nama lagi insan. yang asal maksudnya pelupa. dan memang saya mengaku pun saya ni pelupa. nak kena diingatkan selalu. tapi hari ni rasa sedih dengan keadaan ini terasa bertimpa-timpa. sebab tengok tu kaum sendiri. yang sama agama juga dengan saya. yang mungkin sudah jauh larinya 'kelupaan' dia. nak kena diingatkan jugak. sebab tiba-tiba saya rasa takut. takut nak menghadapi hari kemudian. takut nak menghadapi hari bila dah tak de lelaki Islam yang boleh dijadikan imam, walaupun rancangan Imam Muda dah start pun kat astro oasis. tapi yela, tu baru sepuluh orang. berapa kerat sangat la lagi yang ada di luar sana boleh diharapkan untuk menjadi seperti itu bila melihatkan gerombolan-gerombolan tadi yang berbangga dengan mengangkat tayar motor depan mereka, meniarap, menayangkan cewek yang tertonggek di belakang. maaf ye, bahasa dah jadi kasar pulak. itu nak kata anak-anak muda. yang tambah menyedihkan lagi, dah ramai pulak budak2 kecik yang dah suka mengangkat tayar basikal, merempit jugak walau umur tak lepas pun lagi sekolah rendah. dah ada generasi pelapis nampaknya, ya Allah... astaghfirullahal'azim...
tolongla... janganlah tambahkan ketakutan saya. tolong la kembalikan keyakinan saya bahawa ada para muslimin di luar sana yang boleh diharapkan untuk mengimami kaumnya, mengimami keluarganya. please tell me there are still more of you, real muslimin out there. please tell me i can count on you. please tell me this sadness of today, on this blessed day is only temporary, only a test. please. please.
hari ni hari Jumaat. hari yang mulia bagi kaum yang mulia. jangan jatuhkan kemuliaan itu. tolong la...

2 comments: